Monday, June 6, 2011

DAY 2 - TRIP TO GOLD COAST 13 MAY 2011

Ok lah.... selepas 8 jam bertapa dlm AAX, alhamdulillah akhirnya kami tiba dengan selamatnya di Coolangatta Airport, GC lebih kurang jam 6 pagi. Almost an hour early sebab AAX depart dari KULMY pun awal.


Ni tgh tunggu turn untuk turun dari AAX. Jam 6 lebih, dah cerah .
Ahli2 rombongan mak kiah,
from d left : Badar, Hafiz, Zuradi, Athirah, Fitri,Aziha w Alis, Ain, me n my bf Zairi.


1st thing yang kita buat bila dah sampai airport adalah cari coin utk call company (East Coast Car Rentals) yang kitaorg sewa 'commuter'. senang jek, kat airport nih ada convenience store. Tengah dok terkial2 nak tukar duit, jumpa malay gentleman. Dia kasi guide how to do domestic and international call. Thanks Bro. So, bila dah tukar duit, then kitaorg berkejar2 carik public phone sbb nak kejar masa. Ye la masa itu emas. Dah rasa macm masuk rancangan realiti 'Amazing Race' cap ayam jek. After managed to call company sewa kereta dan berurusan untuk sign agreement yang ntah pekejadah ntah dapat le kitaorg naik 'commuter'. Tipah rasa tertipu pun ada. Ye la, book online AU$320 tp kena byr AU$420 lebih plak sbb skali dgn insurans . AUS$100 or lebih RM 325 jugak lerr.



Dorang kt sini strict, if baby dgn kanak2 bawah 4 tahun kena dok atas baby and kids punye seat. So sume tuh inccur cost ler. Company siap spot check lagi takut penumpang melebihi had. Sbg contoh, kalau sewa kereta, penumpang+driver boleh 5 org jek. If ada baby, x blh riba. Berbalik kepada kenderaan kitaorg, before amik commuter, agen tuh wat inspection 'before' n 'after' teliti giler. sbb any kerosakan even calar sikit pun kitaorg kene bayar nanti. proses utk dptkan 'commuter' nih amik lebih sejam.

BF tgh amik mood utk drive Toyota Commuter... chaiyuk2.

Zuradi selaku alive GPS sedang mengkaji peta topografi Venezuela. Tengah mencari lokasi apartment kitaorg.

Ok, once dah settle psl kenderaan, kami pun terkial2 la dlm commuter mencari apartment kitaorg. Apt x jauh pun dari hotel, dlm 1/2 jam kot. Campur dgn terkial2 mencari dgn sesat adalah dlm sejam kot.

Inilah apartment kitaorg. Living hall dgn kitchen. Fully furnished.

Master bedroom 4 me n bf.
Second bedroom for the bachelor...

Sampai apt, bersiap2 apa yg patut then kitaorg pun keluarle berjalan2. Program hari ni adalah Seaworld. So, Zuradi dgn Badar menjalankan tugas x rasmi dorang sbg GPS.





Inilah commuter yg kitaorg sewa @ parking area Seaworld.
Oleh kerana takut sgt kenderaan scratch @ sewaktu dengannya, kena la parking kat hujung dunia sikit.

Tengah tunggu giliran buat VIP fun pass. Baru lepas amik gmbr passport.


BF with the penguin...
Shark??





after watching dolphin's show...sayang sgt plak kat dolphin yee...

awaiting for Pirate's of the Gold Goast show...


Kitaorg dok kt Seaworld dari jam 10 smpi petang. Kat Seaworld kemudahan surau ada. Tapi masa kat Seaworld nih, kitaorg x mkn pe sbb xde halal restauran/cafe. cuma minum air mineral n coke orange juice untuk alas perut. Seaworld nih tutup dlm kul 5. Then, bila dah tutup...kitaorg balik apt le... Smpi je apt, carik makanan le... Megi, roti, tuna, biskut..sume blasah, dh lapar giler. Kat GC, kul 5 dh kira mcm senja le.

Waktu malam, lps mkn, mandi dan solat maghrib, kitaorg kuar nak p town Surfers Paradise. Dekat je dari apt...jln kaki dlm 5-10 minit, bergantung kepada speed dan jarak langkah ler...kalu jenis suke lompat jauh, cepat ler smpi. Kalau kira btg rokok banyak kotak la kot sbb nak susun batang rokok di sepanjang perjalanan.

Kat sini yang tersangat bagusnye adalah how the drivers respect those pejalan kaki. Kalau nak crossing zebra line, kereta dari jauh lagi mula slow. Even kat selekoh, dorang akan stop kasi laluan tak kira la kereta besau ke kecik ker. Tp kalau ada traffic light pejalan kaki tuh, pandai2 ikut peraturan yek. Jgn main redah jek, kang kena saman kat abang polis plak.

Ok lah citer pasall nite scene kat sana...Malam tu ada pasar malam kat persisiran pantai Surfers Paradise. Tak banyak gerai, more to handcraft dan sewaktu dengannya. Pasar malam dorang siap sediakan servis pembayaran guna kad kredit. Kat SP nih banyak club la, mmg tmpt yg idup le... Makan pun senang nak cari kat SP, ada kebab, nasi arab (Msian) dan chinese food (Msian) yang halal (Australia's certifications lor). Mlm tu try la beli satu kebab ayam yang reganye AU$9.50, dalam RM31 sebijik. Kat SP nih pun banyak kedai org Malaysia. Senang nak bargain esp souvenir. Dah puas berjalan2 mlm tuh n dah beku tahan kesejukan kitaorg balik hotel.

Esok kena bertolak awal sebab nak p pasar minggu dgn Movie World.

Eye on GC


Tengah tunggu traffic light jalan kaki hijau...


With the gold man @ Ripleys B-I-O-N



k LAH... Nanti sambung balik dalam coretan Day 3 plak..cau cin cau...

No comments:

Post a Comment