Tuesday, July 13, 2010

TEKS MC - MAJLIS PELANCARAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010

MAJLIS PELANCARAN

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010

6 JULAI 2010

DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI.

MOHON KERJASAMA PARA HADIRIN

UNTUK MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING SEMENTARA MENUNGGU KETIBAAN

YANG BERHORMAT MENTERI

KERJASAMA PARA HADIRIN JUGA DIMINTA UNTUK MEMATIKAN TELEFON BIMBIT MASING-MASING ATAU DIUBAH KE MOD SENYAP BAGI MEMASTIKAN KELANCARAN MAJLIS PADA HARI INI.

*******************************************************

HADIRIN SEKALIAN,

YANG BERHORMAT MENTERI AKAN MEMASUKI DEWAN INI DALAM MASA 3 MINIT LAGI.

KERJASAMA PARA HADIRIN DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING SERTA MEMATIKAN TELEFON BIMBIT ATAU DIUBAH KE MOD SENYAP.

MOHON JUGA KERJASAMA PARA HADIRIN UNTUK BERDIRI SEBAIK SAHAJA PENGUMUMAN KETIBAAN

YANG BERHORMAT MENTERI DAN TERUS BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU ‘NEGARAKU’.

TERIMA KASIH.

*******************************

MENGUMUMKAN KETIBAAN,

YANG BERHORMAT

TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

DIIRINGI

YANG BERBAHAGIA

DATO’ HJH WAN RAMLAH BINTI WAN ABD RAOF

PESURUHJAYA BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010,

SERTA

DIF-DIF KEHORMAT

PARA HADIRIN DIJEMPUT BERDIRI

PARA HADIRIN DIMOHON TERUS BERDIRI BAGI MENGHORMATI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU “NEGARAKU”.

HADIRIN DAN HADIRAT DIJEMPUT DUDUK…

HADIRIN SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN KOIR

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA YANG DIPIMPIN OLEH

EN. WAN MUSTAFA KAMAL BIN SANUSI

DENGAN LAGU BERTAJUK,

“BANCI PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

LAGU INI DIGUBAH OLEH ADINDA AMIRO DAN LIRIKNYA OLEH LADIN NUAWI.

DIPERSILAKAN………

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KUMPULAN KOIR

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA ATAS NYANYIAN ITU TADI..

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA,
SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA;
ASSALAMMUALAIKUM MULANYA KATA,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

YANG BERHORMAT

TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

YANG BERBAHAGIA

DATO’ HJH WAN RAMLAH BINTI WAN ABD RAOF

PESURUHJAYA BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010,

YANG BERBAHAGIA

DR. HJ. ABDUL RAHMAN HASAN

TIMBALAN PESURUHJAYA BANCI,

PEMBANGUNAN DAN PENTADBIRAN

MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS PELANCARAN

BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010,

YANG BERBAHAGIA

KETUA-KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN,

KETUA-KETUA JABATAN,

TAN SRI-TAN SRI, PUAN SRI-PUAN SRI, DATO’-DATO’’, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM ‘1MALAYSIA’.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PELANCARAN BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010,

BERTEMPAT DI DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC).

MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA,

YANG BERHORMAT TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

SERTA HADIRIN SEKALIAN,

ATAS KESUDIAN MENGHADIRI MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

BAGI MEMOHON KEBERKATAN MAJLIS PADA HARI INI, MAJLIS DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT,

ENCIK ROSLI BIN NORDIN,

UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.

DIPERSILAKAN...

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA

ENCIK ROSLI BIN NORDIN DI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

UNTUK MENERUSKAN ACARA PADA PAGI INI,

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

YANG BERBAHAGIA,

DATO’ HJH WAN RAMLAH BINTI WAN ABD RAOF,

PESURUHJAYA,

BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010,

UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA

YANG BERBAHAGIA DATO’

ATAS UCAPAN YANG DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN

YANG BERHORMAT TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN,

DAN SETERUSNYA MENYEMPURNAKAN PELANCARAN BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA

YANG BERHORMAT TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

KERANA TELAH MENYEMPURNAKAN PELANCARAN

BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010.

PALUAN GONG ITU TADI ADALAH SIMBOLIK YANG MENANDAKAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 DICANANG DENGAN RASMINYA KE SELURUH PELUSUK MALAYSIA.

HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010 YANG DIHASILKAN ATAS USAHA SAMA FILEM NEGARA MALAYSIA DAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

DIPERSILAKAN...

PARA HADIRIN SEKALIAN,

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH,

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN,

YANG BERBAHAGIA,

DATO’ HJH WAN RAMLAH BINTI WAN ABD RAOF,

UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA,

YANG BERHORMAT ,

TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP ,

DIPERSILAKAN…

DENGAN INI BERAKHIRLAH SUDAH, MAJLIS PELANCARAN BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010.

MAJLIS MERAKAMKAN

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA,

YANG BERHORMAT ,

TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP ,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

SERTA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI.

BANYAK KELUK TUJU PENARIK,
KELUK TUMBUH POHON KUINI;
NAN ELOK BAWALAH BALIK,
NAN TAK ELOK TINGGALLAH DI SINI.

HENDAK PULANG DIBERI PULANG,

TINGGALKAN PANTUN BARANG SEPATAH,

HENDAKKAN LEBIH MENJADI KURANG,

MAAFKAN KAMI KIRANYA SALAH.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN,

YANG BERHORMAT,

TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

DIIRINGI,

YANG BERBAHAGIA,

DATO’ HJH WAN RAMLAH BINTI WAN ABD RAOF,

SERTA PARA HADIRIN SEKALIAN

UNTUK MELAWAT PAMERAN MENGENAI BANCI DI LUAR KANAN DEWAN DAN SETERUSNYA MENIKMATI JAMUAN TENGAHARI.

DENGAN INI MAJLIS DIAKHIRI DENGAN

WABILLAHITTAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment